Tuesday, December 18, 2007

Salam Perasmian

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sesungguhnya kami memujinya, kami meminta pertolongan darinya, kami memohon ampun darinya, dan kami memohon perlindungan dari Allah daripada segala kejahatan, barangsiapa yang yang diberi hidayah oleh-Nya tidak akan dapat disesatkan oleh sesiapa, barangsiapa yang disesatkan oleh-Nya, tiada siapa yang dapat beri hidayah kepadanya. Dan saya bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah subhana wa ta'ala, dan sesunggunhnya Muhammad Rasulullah sallahu'alaihi wassallam adalah pesuruh dan hambanya.



Amma ba'du,

Di dalam blog ini saya akan memuatkan ~InsyaAllah~ jurnal-jurnal saya berkenaan dengan pelbagai ilmu, namun lebih difokuskan kepada ilmu Agama. Manhaj saya dalam mengupas isu-isu yang kontroversi dalam hal keagamaan akan saya ambil yang "the best" tanpa "bias" ~InsyaAllah~ berdasarkan firman Allah subhana wa ta'ala:


....Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa....
(al-Ma'idah : 8)

Seandainya ada kesilapan atau ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang ditulis oleh saya dimasa akan datang nanti, mohon beritahu kepada saya terlebih dahulu untuk saya membetulkannya atau memberi penjelasan mengenai pandangan saya. Diminta supaya jangan men"quote"kan kata-kata saya sebelum menghubungi saya. Sekian, dari Muhammad Haniff.

3 comments:

MIddkA1 said...

Salam ya akhi... Kpd akhi, ana ucapkan tahniah krn berjaya merasmikan blog yg bakal memuatkan unsur-unsur ilmu pengetahuan yg "haq". InsyaALLAH ana akan sentiasa memberi sokongan kepada anta. Semoga usaha akhi mendapat keredhaan dari Allah ta'ala. Amin...

Muhammad Haniff said...

shukran ya akhi midkazen =)

Ibn Yusof said...

Salam perjuangan dakwah. Teruskan dengan karya-karya yang berkualiti demi memartabatkan usaha dakwah melalui bidang penulisan.